COLLEGE

Kolej Mara Kuala Nerang

4:34 PTG


Assalamualaikum and hai !

Alahaii tiba-tiba rindu KMKN lahhh . Rindu lecture 1 . Rindu class P04 . Hm haha throwbck laa plakk . Sebenarnya hari ni nak share sikit pasal KMKN . Seperti yang dijanjikan sebelum ni and baru hari ni berpeluang nak update etry baru Hahaha . Al maklum lah hakak busy sikit sekarang . cehh bajet hakak pulak . haha . Well Fara act baru balik dari Penang for interview kat USM - Accounting Program . Fuhh letihh baqhanggg . Dah la hari tu baru je pegi ke Kota Bharu untuk interview IPG . Interview kali kedua k sebab tahun lepas tak berjaya ditawarkan ke ipg . hahahhahambar huaaa .

Ape2 pun a little info about KMKN em apa ye yang nak dikongsikan .

haa for your information , sebenarnya terdiri kepada 3 program :

1.SPT
2. SPC
3. Matrik
1. SPT (Skim Pelajar Terbuka)
SPT ni untuk korang-korang yang nak ambik asasi kat situ. SPT ni asasi under Unikl. so lepas korang amik asasi ni, korang akan amik degree di Unikl atau mana-mana U swasta SAHAJA . Rasanya lahh haha .
2. SPC (Skim Pelajar Cemerlang)
SPC ni untuk students yang sambung belajar oversea. kebanyakannya students from MRSM.

3. Matrikulasi KPM
Program matrikulasi kat KMKN nie hanya menawarkan program Perakaunan sahaja because aliran sains dia anta kat Kolej Mara Kulim . So budak-budak matriks kat kmkn ni budak akaun laa haha termasuk laa Fara .

Okey Fara boleh citer pasal program matriks je laa sebab yang len fara tak tau sangat . hee

Then apa lagi ye . Haa KMKN nie dekat je dengan Pekan Kuala Nerang so boleh laa beli barang-barang keperluan kat sana ok . Yang best nya ada pasar yang dipanggil Nad pada hari selasa pagi and sabtu pagi . Selalu nye kitaorg pegi hari sabtu laa sebab takde kelas . Yang best nya dapat beli makanan sedap2 kat situ hahaha makan aje kerja . Tapi kat sana takde la mall besar2 tu . Just ada Supermarket kecik2 yang selalu kitaorg pegi kat YOHOMAS laa . Sape orang konerang mmg tau laa yohomas tu . Then ada laa watson , zon ria , kfc and kedai2 lain yang biasa2 . Untuk pegi pekan konerang tu boleh laa naik teksi RM4 satu teksi . Boleh naik 4 orang so sorang singgit je laaa haha jimat kan . 

Pasal makan pulak hm korang tak yah risau laa . Makan FREE baqhanggg .  haha dah la free sedap pulak tu kat DS tu (Dewan Selera). Save budget lagi . untung laa sapa dapat kmkn nie semua MARA tanggung makan . hehe yang tu paling i suka . Makan 5 kali sehari . Sapa duk makin bambam laa korang haha . Mula2 breakfast , minum pagi , mkn tengahri , mkn malam , and supper .

Pasal pakaian pulak , yang lelaki wajib pakai kemeja and bertie baru smart skit haha . Seluar slack and kasut kulit . 

Untuk perempuan pulak wajib berbaju kurung untuk ke kelas . Tudung tanpa corak . Hanya bawal dibenarkan . Suka hati laa bawal crepe ke satin ke asalkan bawal kosong la . And kasut bertutup .

Kelas pulak takde laa padat sangat pun . Start pukul 8 hingga 2.30 . kalau ahad dengan khamis pukul 8.30 hingga 2.45 sebab pagi tu ada bacaan yaasin . Duduk kat kmkn nie mmg terjaga rohani korang hehe tu pun kalau korang join laa . Then wktu maghrib and isyak wajib turun surau utk solat berjemaah . Lepas tu baru boleh turun prep . Haha dah macam sekolah pulak kan . orang cakap duk kat kmkn nie macam duk kat MRSM laaa . orang kata laa haha . then hari jumaat pulak ada program  bimbingan puteri ala2 usrah tu laa untuk perempuan sahaja . Lepas usrah tu boleh terus pegi makan tengahri . hehe biase nya hari jumaat makan sedap2 tau ahhaha lapaa la pulakk .

okey Fara kan dari program Matriks so ada 6 subjek :

1. Perakauan
2. Ekonomi
3. Pengurusan Perniagaan
4. Mathematics *sebenarnya addmath >.<
5. English
6. Kemahiran Dinamika (utk 1 sem shj)

yang masuk pointer hanya lah 4 subjek shaja iaitu subjek 1-4 tuu .

Okey penat den menaip nie hadiah takdak kaa . hahah ngada2 pulak . Ape2 pun Fara harap dapat membantu adik2 yang tengah cari information tentang kmkn nie .

setakat ni sahaja untuk entry kali kalau ada apa2 pertanyaan boleh pm fb hakak okeyy or boleh komen . daaaaa




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Copyright © . All Right Reserved by HappyVirus